Pada April lepas Ben Brode iaitu bekas pengarah Hearthstone mengumumkan selepas 15 tahun bekerja di Blizzard di mana 10 tahun adalah untuk membangunkan Hearthstone, beliau akan meninggalkan Blizzard untuk mencuba sesuatu yang baru.
So excited to announce our new company! https://t.co/maUXx5qOgE
— Ben Brode (@bbrode) July 12, 2018
Hari ini akhirnya beliau mengumumkan syarikat permainan video baharu iaitu Second Dinner. Berdasarkan akaun Twitter syarikat tersebut, Hamilton Chu yang merupakan bekas penerbit eksklusif Hearthstone juga sebahagian Second Dinner.
Namun buat masa ini mereka tidak mempunyai sebarang pengumuman untuk dilakukan. Sebaliknya mengatakan mereka akan berkongsi melalui akaun Twitter mereka apabila mempunyai sesuatu untuk diumumkan.
Berdasarkan pengalaman yang ada oleh Ben Brode dan Hamilton Chu, kami tidak terkejut jika permainan pertama keluaran mereka adalah berdasarkan permainan kad digital. Sama-sama kita nantikan.