Informasi Permainan Video Terkini
Pengarah Hearthstone Ben Brode Meninggalkan Blizzard

Pengarah Hearthstone Ben Brode Meninggalkan Blizzard

Diterbitkan pada Apr 24, 2018 oleh .

Pemain Hearthstone sudah semestinya akan mengenali Ben Brode selain menjadi pengarah untuk Hearthstone beliau juga boleh dikatakan cukup sinonim dengan permainan kad oleh Blizzard ini. Setiap kali ada acara khas seperti pengumuman penambahan terbaru, Ben Brode sering menjadi jurucakap sendiri yang menjadikan beliau sangat dekat dengan pemain.

Melalui penulisan di forum Hearthstone, beliau mengumumkan selepas 15 tahun bekerja di Blizzard di mana 10 tahun adalah untuk membangunkan Hearthstone, beliau akan meninggalkan Blizzard untuk mencuba sesuatu yang baru.

Beliau juga sangat berbangga dengan Hearthstone dan mengatakan permainan ini semestinya memberikan impak kepada industri. Walaupun berbangga dengan Hearthstone, beliau lebih berbangga dengan pasukan yang membangunkan Hearthstone. Walaupun ada orang yang datang dan pergi akan tetapi pasukan ini tetap kuat dan mempunyai fokus untuk membangunkan permainan yang digemari mereka.

Mengakhiri penulisan beliau berterima kasih kepada Blizzard kerana memilih beliau untuk membangunkan Hearthstone dan tidak sabar untuk melihat perkembangan Hearthstone selepas ini. Untuk komuniti pemain, beliau semestinya akan merindui segala kenangan yang ada.

Walaupun ketika Hearthstone mempunyai masalah Ben Brode sentiasa meluangkan masa untuk menjawab kritikan pemain oleh sebab itu kami sangat mengagumi beliau dan mengharapkan semoga berjaya di masa hadapan.


TIPS & ULASAN