Informasi Permainan Video Terkini
Bentuk Permainan Spyro Reignited Trilogy Kawasan Idol Spring Dipertontonkan

Bentuk Permainan Spyro Reignited Trilogy Kawasan Idol Spring Dipertontonkan

Diterbitkan pada July 12, 2018 oleh .

Melalui saluran Youtube rasmi Playstation, mereka mempertontonkan video terbaru buat permainan Spyro Reignited Trilogy selama 12 minit. Selaluinya, Playstation mempertontonkan bahagian dunia Idol Springs daripada permainan Spyro 2: Ripto’s Rage!.

Video tersebut memaparkan sebahagian daripada dunia Idol Springs yang menunjukkan sebilangan kawasan tersebut termasuklah tekaria yang terdapat di dalam dunia tersebut. Dari segi visual, sememangnya ianya mempunyai visual yang sangat cantik hasil daripada pernambah-baikkan permainan tersebut.

Spyro Reignited Trilogy merupakan permainan pernambah-baikkan yang diumumkan April lepas oleh Activision. Seperti Crash Bandicoot N.Sane Trilogy, permainan ini akan menyertakan 3 siri permainan Spyro pertama iaitu Spyro the DragonSpyro 2: Ripto’s Rage! dan Spyro: Year of the Dragon. Menurut Activision, permainan tersebut akan dilancarkan di konsol Playstation 4 dan Xbox One pada 21 September.


TIPS & ULASAN