Jika sebelum ini kami melaporkan yang selepas 6 tahun dikeluarkan, Clash of Clans menjana pendapatan sebanyak $4 bilion tetapi untuk platform iOS sahaja. Kini giliran satu lagi permainan Supercell iaitu Clash Royale untuk mencapai jumlah pendapatan lebih pada $1 bilion.

Selepas dikeluarkan pada Mac 2016, Clash Royale kini mencapai jumlah pendapatan melebihi $2 bilion mengikut laporan oleh Sensor Tower. Jika mengikut platform, iOS menjana 49% pendapatan manakala Android 51%.

Bagi negara, Amerika Syarikat mendahului dengan 30% diikuti oleh Jerman 10% dan Perancis 7%. Dengan pencapaian ini ia menjadikan Supercell penerbit permua pertama mempunyai dua perma yang mencecah pendapatan berbilion.

Baru-baru ini mereka baru sahaja mengeluarkan permua terbaru iaitu Brawl Stars dan mereka mesti berharap ia juga dapat mencapai kejayaan seperti mana Clash of Clans dan Clash Royale.

Sohor Kini