Clash of Clans bukanlah permua terawal oleh Supercell akan tetapi ia boleh dikatakan permua pertama yang membawa kejayaan untuk mereka. Semenjak mereka mengeluarkan Clash Royale kami tidak lagi bermain Clash of Clans akan tetapi ia masih satu permua yang popular.

Berdasarkan laporan oleh App Annie, semenjak dikeluarkan pada Ogos 2012 di iOS, Clash of Clans telah menjana pendapatan sebanyak $4 bilion menjadikan ia permua yang paling banyak menjana pendapatan di App Store sepanjang 10 tahun lepas diikuti oleh Candy Crush Saga dan Monster Strike.

Manakala untuk jumlah di muat turun sepanjang 10 tahun lepas, Candy Crush berada di tempat pertama dengan 280 juta muat turun diikuti Subway Surfers yang sebelum ini mencapai 2 bilion muat turun secara global untuk semua platform dan Fruit Ninja.

Kesemua jumlah di atas adalah untuk App Store di iOS sahaja, jika disertakan dengan Android sudah semestinya jumlah yang lebih besar yang dijana.

Sohor Kini