Wasteland 2: Director’s Cut Akan Tiba Untuk Switch Pada Ogos 2018

Wasteland 2 merupakan permainan strategi yang dibangunkan oleh inXile Entertainment dan Obsidian Entertainment dikeluarkan pada tahun 2014 sebelum versi yang lebih baik iaitu Wasteland 2: Director’s Cut dikeluarkan pada tahun 2015 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Permainan ini merupakan antara permainan parti ketiga yang diperlihatkan semasa Nintendo Direct di E3 bulan lepas akan tetapi tidak dinyatakan bila ia akan dikeluarkan.

Minggu ini diumumkan permainan tersebut akan hadir untuk Switch pada Ogos 2018, akan tetapi tiada tarikh tetap yang dinyatakan. Wasteland 2: Director’s Cut kini sudah boleh didapati di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini