Informasi Permainan Video Terkini
Penambahan Terbaru Untuk Hearthstone The Boomsday Project Diumumkan – Akan Tiba Pada 7 Ogos
PC

Penambahan Terbaru Untuk Hearthstone The Boomsday Project Diumumkan – Akan Tiba Pada 7 Ogos

Diterbitkan pada July 11, 2018 oleh .

Blizzard Entertainment hari ini mengumumkan penambahan terbaru untuk permainan kad Hearthstone yang dipanggil The Boomsday Project. Ini merupakan penambahan kedua untuk tahun ini selepas The Witchwood yang dikeluarkan pada April lepas.

Penambahan ini tampaknya memfokuskan kepada watak jenis ‘Mech’ dan mempunyai spell yang berkuasa menarik. Seperti penambahan-penambahan sebelum ini, penambahan ini juga mempunyai 135 kad baharu yang akan ditambah.

Melalui trailer pengumuman mereka memperlihatkan 5 kad baharu. Di antaranya ada yang mempunyai kata-kunci baharu iaitu Magnetic yang akan menggabungkan dua kad kepada satu dengan mengumpul kuasa dan nyawa seperti kad Spider Bomb.

Selain itu watak baharu iaitu Omega juga diperkenalkan. Watak ini mempunyai kelebihan jika dimainkan selepas pemain sudah memiliki 10 kristal mana. Kad spell Legendary juga diperlihatkan.

Lebih banyak kad akan mula diperlihatkan di acara khas The Boomsday Project pada 1 pagi 24 Julai di channel Twitch Hearthstone. Media dan pemain juga akan mula berkongsi kad pada tarikh yang sama.

Pemain boleh mula pra-tempah penambahan ini dan untuk kali ini mempunyai dua pilihan iaitu yang pek pra-tempah bernilai $49.99 (RM201) yang mengandungi 50 pek kad, 1 kad Golden Legendary dan penghias belakang kad khas.

Manakala pek pra-tempah yang bernilai $79.99(RM322) akan mengandungi 80 pek kad, 1 kad Golden Legendary dan penghias belakang kad khas.

Penambahan baharu ini akan tiba pada 7 Ogos 2018, manakala mod permainan solo The Puzzle Lab akan tiba pada 21 Ogos 2018.


TIPS & ULASAN