Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Terbaru New Gundam Breaker Kini Boleh Dimuat-Turun – Memperbaiki Sebilangan Bentuk Permainan

Kemaskini Terbaru New Gundam Breaker Kini Boleh Dimuat-Turun – Memperbaiki Sebilangan Bentuk Permainan

Diterbitkan pada July 10, 2018 oleh .

Beberapa minggu lepas, kami membuat ulasan untuk permainan New Gundam Breaker dan memberi ulasan yang kurang bagus memandangkan terdapat pelbagai pepijat bersama masalah-masalah permainan.

Kini, Bandai Namco akhirnya melancarkan kemaskini terbaru buat permainan tersebut untuk memperbaiki masalah tersebut. Kemaskini tersebut boleh dimuat-turun secara percuma melalui kemaskini permainan.

Berikut adalah senarai kemaskini yang dilakukan oleh Bandai Namco.

  • Mempertingkatkan tindak balas kawalan
  • Menstabilkan pergerakkan ketika pertempuran
  • Mengubah-suai kedudukan kamera dan bingkai paparan pengunci serangan
  • Tingkatkan kecerdasan buatan dan kedudukan Third Force
  • Mengubah-suai parameter Atomic Bazooka
  • Mod multi-pemain kini membenarkan pemain berkongsi dan mendapatkan kelengkapan yang dikutip oleh pasukan
  • Membaiki potongan skrin melalui tetapan Playstation 4.

Kemaskini ini sememangnya akan membaiki sebilangan masalah yang terdapat di dalam permainan ini, terutamanya kemaskini tindak balas kawalan yang pastinya akan membuat permainan tersebut lebih mudah untuk dikawal.

Namun, pada pendapat kami sendiri, teras permainan tersebut masih lagi bermasalah dan mungkin pada masa akan datang, Bandai Namco akan terus memperbaikinya melalui kemaskini kelak. Walaupun begitu, ini merupakan satu tindak yang patut dipuji memandangkan Bandai Namco masih memberi sokongan permainan melalui kemaskini.

Bagi anda yang masih belum membaca ulasan penuh permainan ini, anda boleh berbuat demikian di pautan ini.

New Gundam Breaker adalah permainan yang memfokuskan pembinaan Gundam atau Gunpla yang mana pemain berupaya untuk mengubah-suai pelbagai bentuk Gunpla bersama alat ganti berlainan dan senjata. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4 dan versi PC akan dilancarkan tahun ini.


TIPS & ULASAN