Informasi Permainan Video Terkini
Darksiders III Bakal Tiba November Ini Secara Rasmi – Edisi Terhad Permainan Diumumkan
PC

Darksiders III Bakal Tiba November Ini Secara Rasmi – Edisi Terhad Permainan Diumumkan

Diterbitkan pada July 10, 2018 oleh .

Lanjutan daripada tertirisnya tarikh pelancaran Darksiders III semalam, THQ Nordic akhirnya mengumumkan secara rasmi bahawa permainan tersebut akan tiba pada 27 November ini secara rasmi. Permainan tersebut akan ditawarkan buat konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Selain itu, THQ Nordic juga mengumumkan sebilangan edisi terhad buat permainan tersebut yang mana setiap satunya akan menyertakan pelbagai kandungan termasuklah edisi Apocalyse yang akan menyertakan empat figura khas watak-watak Four Horseman of The Apocalyse.

Berikut merupakan senarai edisi permainan yang diumumkan oleh THQ Nordic.

  • Darksiders III – Standard Edition

Menyertakan permainan itu sendiri bersama bonus pra-tempah kostum perisai. Ianya dijual secara fizikal dan juga digital dengan harga $59.99(~RM240).

  • Darksiders III – Digital Deluxe Edition

Menyertakan permainan itu sendiri bersama dua DLC pernambahan yang akan dilancarkan selepas pelancaran permainan tersebut. Edisi ini juga kan menyertakan bonus pra-tempahan kostum perisai, bersama 10% diskaun dan akses 24 jam lebih awal. Edisi ini hanya dijual secara digital dengan harga $79.99(~RM320).

  • Darksiders III – Blades & Whip Edition

Edisi ini juga akan menyertakan kesemua kandungan yang sama dengan edisi deluxe bersama-sama dua permainan tambahan Darksiders pertama, iaitu Darksiders: Warmastered Edition dan Darksiders II: Deathinitive Edition. Ianya juga hanya boleh didapatkan secara digital sahaja dengan berharga $99.99(~RM400).

  • Darksiders III – Collector’s Edition

Ini merupakan edisi Collectors khas yang mana ia akan menyertakan permainan tersebut, bersama-sama bekas permainan Steelbook. Edisi ini juga akan menyertakan kotak khas permainan, cakera muzik latar bersama buku karya seni dan figura watak Fury yang bersaiz 11 inci. Edisi ini akan dijual dengan harga $149.99(~RM600).

  • Darksiders III – Apocalyse Edition

Bagi peminat tegar siri Darksiders, anda mungkin berminat untuk mendapatkan edisi terhad ini yang mana ia merupakan edisi lengkap yang akan menyertakan permainan itu sendiri bersama empat figura khas watak-watak Four Horseman of The Apocalyse, Fury, Vulgrim, War dan Death. Edisi ini juga akan menyertakan skrol dinding, cakera muzik latar, buku karya seni, kotak permainan khas, azimat permainan khas dan juga bekas permainan Steelbook. Pemain juga bakal mendapat DLC pernambahan khas kostum perisai buat Fury melalui edisi ini. Ianya akan dijual dengan harga $399.99(~RM1,600).

Darksiders III merupakan permainan yang dibangunkan oleh Gunfire Games dan dilancarkan oleh THQ Nordic. Ia merupakan siri ketiga bagi permainan Darksiders yang mana ia memfokuskan dunia pasca-apokaliptik dalam bentuk aksi pengembaraan.

Darksiders III dirancang untuk dilancarkan buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 27 November 2018 ini.


TIPS & ULASAN