Sebelum ini, THQ Nordic mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan Darksiders III pada tahun ini. Namun, kini Microsoft secara tidak sengajanya meniris tarikh pelancaran permainan tersebut iaitu pada 27 November 2018 ini.

Menariknya, THQ Nordic juga tampaknya akan melancarkan permainan ini dengan tiga edisi permainan iaitu:

  • Darksiders III – Blades & Whip Edition (Menyertakan akses awal dan permainan Darksiders I dan II.)
  • Darksiders III – Deluxe Edition (Menyertakan akses awal)
  • Darksiders III – Standard Edition

Darksiders III merupakan permainan yang dibangunkan oleh Gunfire Games dan dilancarkan oleh THQ Nordic. Ia merupakan siri ketiga bagi permainan Darksiders yang mana ia memfokuskan dunia pasca-apokaliptik dalam bentuk aksi pengembaraan.

Darksiders III dirancang untuk dilancarkan buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini