Informasi Permainan Video Terkini
Demo Permainan WarioWare Gold Kini Boleh Dimuat-Turun Melalui Nintendo eShop

Demo Permainan WarioWare Gold Kini Boleh Dimuat-Turun Melalui Nintendo eShop

Diterbitkan pada July 9, 2018 oleh .

Sebelum ini, Nintendo mengumumkan bahawa permainan WarioWare bakal kembali ke konsol Nintendo 3DS ketika acara Nintendo Direct Mac lepas.

Kini, bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan tersebut sebelum membelinya, anda boleh berbuat demikian dengan memuat-turun demo permainan tersebut secara percuma melalui Nintendo eShop.

WarioWare Gold merupakan permainan khas untuk konsol mudah-alih Nintendo 3DS yang mana ia memfokuskan mini permainan ataupun permainan mikro yang dibawa daripada siri WarioWare sebelum ini bersama-sama permainan baru. Menurut Nintendo, permainan ini mempunyai 300 permainan mikro terbina sekaligus ia merupakan siri WarioWare pertama yang mempunyai permainan mikro terbanyak.

Melaluinya, pemain akan melakukan sebilangan tugasan berdasarkan jenis permainan mikro yang diberi dan pemain perlu melengkapkannya mengikut sebilangan bentuk kelajuan tertentu dalam jangka masa terhad. WarioWare Gold juga merupakan permainan siri pertama WarioWare yang mempunyai suara latar penuh.

WarioWare Gold akan dilancarkan pada 3 Ogos ini secara esklusif di Nintendo 3DS.

Muat-Turun: Demo WarioWare Gold


TIPS & ULASAN