Informasi Permainan Video Terkini
Pokemon Quest Dimuat Turun Sebanyak 7.5 Juta Kali Setakat Ini

Pokemon Quest Dimuat Turun Sebanyak 7.5 Juta Kali Setakat Ini

Diterbitkan pada July 9, 2018 oleh .

Pokemon Quest diumumkan dan dikeluarkan untuk Switch pada 30 Mei lepas, selepas 2 hari dikeluarkan ia dimuat turun sebanyak 1 juta kali. Pada 27 Jun lepas, akhirnya Pokemon Quest dikeluarkan sebagai permua untuk iOS dan Android.

Selepas seminggu dikeluarkan versi permua mendapat 3.5 juta jumlah muat turun dan menjana lebih $3 juta. Terbaru The Pokemon Company mengumumkan setakat ini permainan ini sudah dimuat turun sebanyak 7.5 juta kali.

Jika kita mengambil jumlah muat turun permua setakat minggu lepas, boleh dikatakan versi Switch sudah dimuat turun sebanyak 4 juta kali selepas sebulan dikeluarkan.

Namun setakat ini mereka tidak berkongsi jumlah pendapatan yang dijana melalui permainan ini secara keseluruhan. Pokemon Quest mungkin bukan permainan Pokemon yang pemilik Switch inginkan tetapi boleh dikatakan ia tetap mendapat kejayaan yang baik.


TIPS & ULASAN