Informasi Permainan Video Terkini
THQ Nordic Mempertontonkan Bentuk Permainan Bagi Darksiders III – Bakal Tiba 2018 Ini
PC

THQ Nordic Mempertontonkan Bentuk Permainan Bagi Darksiders III – Bakal Tiba 2018 Ini

Diterbitkan pada Dis 21, 2017 oleh .

Darksiders III adalah permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan Gunfire Games dan dikeluarkan oleh THQ Nordic. Ia merupakan siri ketiga bagi permainan Darksiders yang mana ia memfokuskan dunia pasca-apokaliptik.

Seperti permainan Darksiders sebelum ini, pemain akan bermain watak daripada “Four Horseman of the Apocalypse” yang mana sebelum ini pemain sudah bermain sebagai Death, War dan kini bagi Darksiders ketiga, pemain akan bermain watak Fury.

Berdasarkan trailer yang dipertonton, pemain berupaya untuk menggayut dan membuat gandaan lonjatan. Menariknya juga senjata Fury, seakan sebuah cambuk pedang juga mempunyai bentuk serangan kombinasi yang menarik dimana pemain berupaya untuk menggunakan sebagai senjata utama dan juga sebagai peralatan untuk bergayut di kawasan permainan.

Buat masa ini, permainan Darksiders III dirancang untuk dilancarkan pada 2018 ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN