Skip to main content

Sebelum ini, Spike Chunsoft mengumumkan permainan Zanki Zero: Last Beginning yang mana ia merupakan permainan yang dibangunkan oleh pembangun yang sama untuk siri permainan visual novel, Danganronpa.

Kini, Spike Chunsoft berkongsi sebilangan informasi baru buat permainan tersebut bersama-sama jangka masa tarikh pelancarannya iaitu pada musim bunga 2019, iaitu antara bulan Mac hingga Jun.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini akan memfokuskan 8 watak klon yang mana mereka hanya mempunyai jangka masa untuk hidup sebanyak 13 hari sahaja. Sepanjang 13 hari tersebut, pemain perlu mengembara di sebuah pulau untuk menyelesaikan misteri dan juga bertempur dengan musuh-musuh.

Pemain juga boleh menghasilkan klon-klon yang baru untuk membawa kesemua kemajuan watak ke kitaran hidup seterusnya sekaligus permainan ini juga meletakkan pemain dalam bentuk pertahanan hidup dimana setiap lapan watak di dalam permainan ini mempunyai jangka hayat yang terhad dan umur mereka juga meningkat.

Tahap umur permainan ini juga akan memberi kesan kepada pemain seperti ketika watak pemain masih muda, mereka akan mempunyai tenaga yang lebih manakala ketika watak tua, pemain akan mempunyai tenaga yang berkurangan.

Bagi anda yang pernah bermain siri Danganronpa, permainan ini dibangunkan oleh pasukan yang sama dan pastinya anda akan berminat untuk menyelesaikan misteri permainan ini dimana menurut pembangun, pemain akan menyelesai misteri kesemua lapan watak yang terdapat di dalam permainan ini terutamanya misteri kitaran hidup mati mereka.

Buat masa ini, Spike Chunsoft menyatakan bahawa permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4 dan PC melalui Steam pada 2019 ini. Manakala bagi pasaran Jepun, ianya juga akan tiba buat konsol Playstation Vita.

Leave a Reply