Informasi Permainan Video Terkini
Zanki Zero: Last Beginning Diumumkan – Permainan Oleh Pembangun Siri Danganronpa
PC

Zanki Zero: Last Beginning Diumumkan – Permainan Oleh Pembangun Siri Danganronpa

Diterbitkan pada Mac 25, 2018 oleh .

Bagi mereka yang meminati siri permainan visual novel Danganronpa, kini Spike Chunsoft mengumumkan permainan terbaru yang daripada pembangun asal siri Danganronpa, iaitu Zanki Zero: Last Beginning yang mana ia bakal tiba di Playstation 4 dan PC melalui Steam.

Melalui permainan Zanki Zero: Last Beginning, pemain akan mengembara di kawasan pasca-apokaliptik sebagai salah seorang daripada 8 watak utama dimana pemain juga perlu mempertahankan hidup seperti mengumpul makanan, barangan dan bertempur dengan pelbagai raksasa dalam bentuk dungeon crawling.

Permainan ini juga mengait rapat berkenaan kematian dimana kitaran hidup pemain akan berlangsung selama 13 hari dan umur watak-watak tersebut akan sentiasa meningkat dan juga kemahiran mereka akan sentiasa berubah. Setiap kematian watak juga memainkan peranan penting dimana pada kitan hidup pemain seterusnya, pemain akan mendapat sebilangan pernaik-tarafan yang berbeza.

Buat masa ini, Spike Chunsoft masih belum mengumukan sebarang informasi lanjut berkenaan permainan ini dan juga tarikh pelancarannya. Namun, memandang ia dibangunkan oleh pembangun yang sama buat siri Danganronpa, ini merupakan berita baik kepada mereka yang mengidam untuk bermain siri permainan visual novel yang mempunyai penceritaan yang menarik.


TIPS & ULASAN