Setakat ini Game of Thrones telah mempunyai permua tersendiri iaitu Game of Thrones: Conquest yang dikeluarkan Oktober tahun lepas untuk iOS dan Android.
Berdasarkan laporan oleh Abacus, pembangun permainan di China Yoozoo telah menandatangani perjanjian bersama Warner Bros untuk mengeluarkan permainan terbaru bagi siri TV Game of Thrones. Tencent turut dilaporkan akan menerbit permainan tersebut di China.
Permua yang dikatakan bertajuk Game of Thrones: Winter is Coming dikatakan berlainan dengan Game of Thrones: Conquest tetapi ia juga merupakan permainan strategi. Yoozoo mengatakan melalui permainan tersebut pemain boleh berinteraksi dengan pelbagai watak dari pelbagai puak.
Setakat ini tiada maklumat lanjut yang dikongsikan dan tiada juga pengesahan mengenai permua ini akan turut dikeluarkan di luar China atau tidak.