Siri TV Game of Thrones boleh dikatakan antara siri-TV yang popular dan mempunyai peminat ramai diseluruh dunia. Kini, penerbitnya turut hadir dengan sebuah permua khusus untuk Android dan iPhone, dinamakan sebagai Game of Thrones: Conquest.

Game of Thrones: Conquest

Melalui permua ini, pemain akan boleh membuat pelbagai strategi dalam menakluk Seven Kingdom. Seperti biasa, anda perlu melatih tentera, kembangkan kawasan penaklukan anda, dan sebagainya. Ia juga hadir dengan sokongan untuk memainkannya secara atas-talian bersama rakan-rakan anda yang lain.

Game of Thrones: Conquest

Permua ini ditawarkan secara percuma, tetapi hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi. Bagi anda yang berminat, boleh mencubanya hari ini untuk Android dan juga pada iPhone.

Muat-Turun Game of Thrones: Conquest untuk Android

Muat-Turun Game of Thrones: Conquest untuk iPhone

Sohor Kini