Informasi Permainan Video Terkini
My Hero One’s Justice Diumumkan Buat Pasaran Malaysia – Bakal Tiba Oktober 2018

My Hero One’s Justice Diumumkan Buat Pasaran Malaysia – Bakal Tiba Oktober 2018

Diterbitkan pada June 13, 2018 oleh .

Bandai Namco hari ini akhirnya mengumumkan secara rasmi bahawa permainan My Hero One’s Justice akan dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia. Menariknya permainan tersebut tampaknya mendapat pertukaran nama dimana sebelum ini ia dinamakan My Hero Academia: One’s Justice, kini ia hanya My Hero One’s Justice.

My Hero One’s Justice merupakan permainan perlawanan yang memfokuskan watak-watak daripada anime My Hero Academia. Menurut Bandai Namco, permainan ini akan mempunyai sistem bentuk permainan yang mana pemain berupaya untuk menghancurkan kawasan sekeliling dan menggunakannnya untuk bertempur dengan musuh.

Menariknya, berdasarkan trailer yang dikongsikan, pemain tampaknya berupaya mengubah-suai kostum-kostum adiwira yang terdapat di dalam permainan tersebut. Seperti kebanyakkan permainan perlawanan lain, My Hero One’s Justice juga akan menyertakan mod penceritaan dan mod perlawanan secara multi-pemain.

Melalui My Hero One’s Justice, pemain akan bertempur dalam bentuk pasukan sebanyak 3 adiwira untuk satu pasukan dimana seorang daripadanya adalah ketua pasukan dan lagi 2 adalah pembantu. Bandai Namco juga menyertakan mod bermain secara solo jika pemain ingin berbuat demikian.

Melalui pertempuran, pemain boleh meminta pertolongan pembantu dan setiap kemahiran adiwira di dalam permainan ini adalah unik dan sememangnya berdasarkan siri anime My Hero Academia itu sendiri.

Dari segi mod penceritaan pula, permainan ini akan mempunyai dua jenis mod penceritaan iaitu mod bahagian adiwira dan juga mod bahagian penjahat yang boleh dinyah-kunci selepas menyelesaikan mod penceritaan adiwira.

Dengan melengkapkan misi-misi penceritaan, pemain juga berupaya untuk menyah-kunci pelbagai barangan untuk digunakan buat watak-watak di dalam permainan tersebut termasuklah mengubah-suaian kostum seperti di atas.

Menurut Bandai Namco permainan perlawanan tersebut akan dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam pada Oktober 2018 ini.


TIPS & ULASAN