Informasi Permainan Video Terkini
Kill La Kill Akan Dikeluarkan Untuk PlayStation 4 Dan PC Pada Tahun 2019
PC

Kill La Kill Akan Dikeluarkan Untuk PlayStation 4 Dan PC Pada Tahun 2019

Diterbitkan pada July 6, 2018 oleh .

Kami sebelum ini melaporkan yang Arc System Works akan mengeluarkan permainan Kill la Kill pada tahun 2019 akan tetapi tidak mengumumkan platform yang akan menerima permainan ini.

Melalui trailer terbaru untuk permainan ini yang dipertontonkan di Anime Expo 2018, akhirnya mereka mengesahkan yang permainan ini akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC.

Permainan yang akan bertajuk Kill la Kill the Game: IF akan dikeluarkan pada tahun 2019 akan tetapi pemain akan berpeluang untuk mencuba semasa EVO 2018 yang akan berlangsung pada 3 Ogos nanti.

Di dalam trailer terbaru ini mereka memperlihatkan pertempuran antara Ryuko Matoi dan Satsuki Kiryuin. Jika anda meminati siri ini sudah semestinya tidak sabar untuk mencubanya.


TIPS & ULASAN