Informasi Permainan Video Terkini
Arc System Works Akan Mengeluarkan Permainan Kill La Kill

Arc System Works Akan Mengeluarkan Permainan Kill La Kill

Diterbitkan pada June 18, 2018 oleh .

Pengeluar dan pembangun permainan perlawanan terkenal Arc System Works kini akan mengeluarkan permainan berdasarkan anime terkenal, Kill La Kill. Permainan tersebut dibangunkan oleh APlus Games iaitu mereka adalah pembangun buat Little Witch Academia sebelum ini.

Menurut Arc System Works, permainan tersebut sedang dibangunkan dan bakal dilancarkan pada tahun 2019 ini. Dari segi platform konsol pula, pihak Arc System Works masih belum mengumumkannya lagi.

Imej di atas pula merupakan sebahagian paparan skrin yang dikongsikan oleh pihak Arc System Works. Berdasar imej tersebut, ia seakan mempunyai bentuk pertempuran 3 dimensi seperti permainan My Hero One’s Justice dari Bandai Namco.

Arc System Works juga menyatakan bahawa mereka akan berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan permainan tersebut pada acara Anime Expo 2018 yang bakal berlangsung Julai ini di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Bagi anda yang meminati siri anime Kill La Kill, ini merupakan satu pengumuman yang menarik memandangkan anime tersebut sememangnya mempunyai pelbagai adegan penuh aksi dan berpeluang untuk bermainnya, sememangnya merupakan impian setiap peminat siri anime tersebut.


TIPS & ULASAN