Informasi Permainan Video Terkini
Pelakon Suara Geralt Ingin The Witcher 4 Memfokuskan Kepada Watak Ciri

Pelakon Suara Geralt Ingin The Witcher 4 Memfokuskan Kepada Watak Ciri

Diterbitkan pada July 6, 2018 oleh .

Penampilan Geralt iaitu watak utama siri permainan The Witcher di dalam Soul Calibur VI mungkin adalah kali terakhir Doug Cockle akan menyuarakan watak tersebut.

Apabila ditanya mengenai perkara tersebut, beliau mengatakan dia tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai sambungan kepada siri permainan The Witcher akan tetapi jika CD Projekt Red ingin mengeluarkan The Witcher 4, beliau berharap mereka memfokuskan kepada watak Ciri.

Tambah beliau di dalam The Witcher 3, Ciri melawat pelbagai dunia berlainan dan itu adalah sesuatu yang menarik untuk dimasukkan ke dalam permainan. The Witcher 4 mungkin tidak akan berlaku dalam masa terdekat, terutama Cyberpunk 2077 masih lagi dibangunkan.

Sebelum ini CD Projekt Red mengatakan penceritaan Geralt akan berakhir di The Witcher 3 akan tetapi mereka tidak mengatakan ia adalah permainan The Witcher yang terakhir.


TIPS & ULASAN