Rocket League akan menyambut ulang tahun ketiga mereka dengan acara khas bermula 9 Julai sehingga 23 Julai. Jika anda tidak memiliki permainan ini dan ingin mencuba anda boleh melakukannya secara percuma sepanjang hujung minggu ini melalui Steam.

Bermula hari ini sehingga 9 Julai, anda boleh memuat turun permainan ini dan mencubanya akan tetapi ia tidak akan selamanya boleh dimainkan. Selepas 9 Julai anda harus membelinya jika ingin terus bermain.

Anda juga boleh mendapatkan permainan ini dengan lebih murah iaitu 50% potongan harga di Steam (RM 19) dan juga PlayStation Store (RM40) untuk pelanggan PS Plus dan RM 60 jika bukan. Harga promosi ini ditawarkan sehingga 10 Julai.

[info]Steam: Rocket League[/info] [info]PlayStation Store: Rocket League[/info]

Leave a Reply