Informasi Permainan Video Terkini
Rocket League Menganjur Acara Khas Bersempena Ulang Tahun Ketiga – Bermula 9 Julai

Rocket League Menganjur Acara Khas Bersempena Ulang Tahun Ketiga – Bermula 9 Julai

Diterbitkan pada July 5, 2018 oleh .

Rocket League pertama kali dikeluarkan pada 7 Julai 2015 dan akan menyambut ulang tahun mereka yang ketiga tidak lama lagi. Bersempena ini Psyonix menganjurkan acara khas yang akan bermula 9 Julai sehingga 23 Julai.

Melalui acara ini mereka akan menyertakan 3v3 Anniversary Playlist ke dalam Casual Playlist yang akan mempunyai ‘Throwback Stadium’ dengan kedudukan pintu gol berlainan.

Melalui acara khas ini pemain juga akan menerima pelbagai barangan di dalam permainan akan tetapi berbeza dengan acara-acara sebelum ini ia tidak akan mempunyai Event Crates sebaliknya pemain akan memperoleh segala barangan dengan menukar ‘Balloons’ yang diperoleh dengan bermain. Terdapat lebih 60 barangan yang boleh didapati. Penukaran ini mesti dilakukan sebelum acara ini berakhir.

Jika anda pemain Rocket League pastikan anda tidak terlepas untuk bermain acara ini dan mendapatkan segala barangan yang ditawarkan. Rocket League sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.


TIPS & ULASAN