Kita kini boleh dikatakan berada pada pertengahan tahun 2018, dan minggu ini Steam berkongsi senarai permainan untuk beberapa kategori seperti penjualan tertinggi, permainan keluaran baru terbaik, permainan VR terbaik, dan juga permainan dengan permainan serentak teramai bagi tahun 2018 setakat ini.
Melalui penulisan ini kami akan senaraikan permainan dengan penjualan tertinggi, jika anda ingin melihat kategori lain anda boleh melayari pautan yang kami sediakan di bawah. Seperti senarai untuk tahun 2017, Steam tidak menyusun mengikut sebarang susunan sebaliknya meletakkan permainan di dalam kategori seperti Platinum, Gold, Silver dan Bronze. Berikut adalah senarai permainan di bawah kategori Platinum iaitu kategori yang permainan yang mempunyai penjualan tertinggi.
Platinum
- Grand Theft Auto V
- Counter Strike Global Offensive
- Warframe
- Warhammer: Vermintide 2
- Playerunknown’s Battlegrounds
- Civilization V
- Far Cry 5
- Tom Clancy’s Rainbow Six Siege
- Jurassic World Evolution
- Dota 2
- Rocket League
- Kingdom Come: Deliverance
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan sebilangan permainan yang tersenarai di atas, jualan promosi Steam bagi permainan-permainan tersebut masih lagi ditawarkan melalui jualan promosi musim panas Steam tetapi akan berakhir pada hari ini.
[info] Steam: The Best of 2018 (so far)[/info]