Kami baru sahaja melaporkan yang Nintendo akan terus menyokong 3DS dan secara langsung 2DS, minggu ini penduduk Jepun bakal mempunyai pilihan untuk membeli 2DS LL (2DS XL di luar Jepun) dengan rekaan berdasarkan permainan Minecraft, Animal Crossing dan juga Mario Kart 7.
Berkas 2DS LL Minecraft mempunyai 2DS yang direka berdasarkan permainan tersebut iaitu watak Creeper. Selain konsol ia juga akan disertakan permainan Minecraft yang sudah siap dipasang. Dijual dengan harga 16,890 yen (RM620) ia bakal tiba pada 2 Ogos.
Manakala berkas 2DS LL Animal Crossing selain konsol yang mempunyai rekaan berdasarkan permainan tersebut juga akan disertakan dengan Animal Crossing: New Leaf –Welcome amiibo yang sudah siap dipasang. Bakal tiba pada 19 Julai dan dijual dengan harga 15,980 yen (RM587).
Bagi berkas 2DS LL Mario Kart 7 mempunyai rekaan konsol yang lebih ringkas dan akan disertakan dengan permainan Mario Kart 7 yang siap dipasang. Bakal tiba pada 19 Julai dan dijual dengan harga 15,980 yen (RM587).
Kami agak yakin yang berkas ini akan turut dibawa ke Malaysia oleh pengedar tidak rasmi, dan bagi kami berkas Animal Crossing paling menarik manakala Minecraft mempunyai warna yang lebih tajam.