Informasi Permainan Video Terkini
Razer Pay Dilancarkan – Dompet Nirtunai Yang Boleh Digunakan Untuk Membeli Mata Wang Maya Permainan Video

Razer Pay Dilancarkan – Dompet Nirtunai Yang Boleh Digunakan Untuk Membeli Mata Wang Maya Permainan Video

Diterbitkan pada July 4, 2018 oleh .

Razer hari ini mengumumkan dompet nirtunai mereka sendiri yang dipanggil sebagai Razer Pay. Menariknya sepertimana produk Razer yang lain mereka memfokuskan kepada perkhidmatan permainan video.

Melalui Razer Pay anda boleh membeli pelbagai mata wang maya seperti zGold-MOLpoints yang dilancarkan tahun lepas, Steam Wallet, Garena Shell, QQ Coin, PlayStation Store (kredit dan langganan PlayStation Plus) dan juga kredit untuk Blizzard.

Seperti perkhidmatan lain sudah semestinya harga yang ditawarkan juga termasuk harga perkhidmatan contohnya untuk  Steam Wallet bernilai RM50, anda boleh membelinya melalui Razer Pay dengan harga RM58.

Anda boleh menambah nilai Razer Pay melalui 7-Eleven ataupun perkhidmatan perbankan atas talian. Jika anda berdaftar hari ini, anda menerima kredit RM10 secara percuma. Aplikasi Razer Pay kini boleh dimuat turun untuk peranti Android dan iOS.

Muat turun Razer Pay versi Android menerusi Play Store

Muat turun Razer Pay versi iOS menerusi App Store


TIPS & ULASAN