Informasi Permainan Video Terkini
Razer Bekerjasama Bersama MOL Global – Melancarkan zGold-MOLPoints Di Malaysia

Razer Bekerjasama Bersama MOL Global – Melancarkan zGold-MOLPoints Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 21, 2017 oleh .

Jenama kelengkapan permainan terkenal, Razer, minggu ini telah melancarkan zGold-MOLPoints di Malaysia. Razer bersama MOL menjenamakan mata wang maya dari MOLPoints ke zGold-MOLPoints dimana sekarang ia boleh digunakan di 17 negara.

CEO Razer, Min-Liang Tan menyatakan bahawa mereka ingin menyatukan mata wang maya mereka supaya ia memudahkan lagi untuk pemain menggunakan, dan dengan kerjasama MOL Global, mereka percaya ia bakal membantu mereka untuk menyampai cita-cita tersebut. Preecha Praipattarakul, CEO MOL Global juga menyatakan mereka amat berbesar hati dengan kerjasama bersama Razer untuk membawa mata wang maya secara universal buat pemain di Malaysia.

Pelancaran zGold-MOLPoints telah diadakan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada 19 dan 20 Ogos yang lepas. Disana, Razer juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan beberapa pertandingan seperti pertandingan Street Fighter V dan Overwatch 3v3.

Pengunjung juga sempat memcuba permainan Tekken 7 dan juga Street Fighter V dengan alat kawalan terbaru dari Razer, iaitu Razer Raiju.

Pada masa yang sama, Razer juga mengambil peluang untuk mempamerkan beberapa kelengkapan Razer terbaru – termasuk papan kekunci serta fon kepala khas Destiny 2.