Semasa Sony mempertontonkan trailer baharu untuk permainan Marvel’s Spider-Man kita mengetahui yang kumpulan Sinister Six iaitu Electro, Rhino, Scorpio, Vulture, Mister Negative dan kemungkinan besar Doctor Octopus akan menjadi penjahat utama untuk permainan ini.
Walaupun sebelum ini sudah disahkan watak Venom tidak akan dimasukkan ke dalam permainan ini akan tetapi ia tidak menghalang untuk peminat bertanya. Melalui kuciran di Twitter, pengarah seni Insomniac Games Jacinda Chew apabila ditanya ketinggian Venom menjawab dengan mengatakan Venom terlalu besar untuk dimasukkan ke dalam permainan ini.
Too big to fit into #SpiderManPS4 https://t.co/ZU1OjRb88B
— Jacinda Chew (@jacinda_chew) July 1, 2018
Marvel’s Spider-Man merupakan permainan aksi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Insomniac Games untuk Playstation 4 secara eksklusif akan dilancarkan pada 7 September 2018.
Sony juga sebelum ini mengumumkan versi dan harga permainan tersebut dimana anda boleh ke pautan ini untuk mengetahui informasi lebih lanjut ataupun bagi anda yang berminat dengan edisi terhad permainan tersebut, anda boleh melayari pautan ini.