Pada awal tahun ini kami melaporkan yang PUBG mempunyai 3 juta pemain di Xbox One. Kini selepas 6 bulan, Microsoft mengumumkan PUBG mempunyai 8 juta pemain boleh dikatakan meningkat 1 juta pemain setiap bulan.

Selain pada itu Microsoft juga mengumumkan dua berkas baru iaitu berkas Xbox One X PUBG dan berkas Xbox One S Minecraft. Berkas Xbox One X PUBG akan disertakan konsol Xbox One X, permainan PUBG, sebulan akaun Xbox Game Pass dan sebulan akaun Xbox Live Gold dan dijual dengan harga $499 (RM 2019).

Manakala berkas Xbox One S Minecraft akan disertakan konsol, permainan Minecraft dan juga permainan Minecraft: Story Mode – The Complete Adventure bersama sebulan akaun Xbox Game Pass dan 14 hari akaun Xbox Live Gold dan dijual dengan harga $299 (RM1209).

Buat masa ini anda hanya dapat memperoleh PUBG di PC atapun Xbox One.

Sohor Kini