Informasi Permainan Video Terkini
PlayerUnknown’s Undergroud Kini Mempunyai 3 Juta Pemain Di Konsol Xbox

PlayerUnknown’s Undergroud Kini Mempunyai 3 Juta Pemain Di Konsol Xbox

Diterbitkan pada Jan 15, 2018 oleh .

Pemain paling tular tahun lalu pastinya ialah PlayerUnknown’s Battleground (PUBG). Lebih 30 juta pemain dilaporkan telah memiliki permainan ini di PC dan juga Xbox. Minggu lalu angka pemain pada konsol eksklusif Xbox One akhirnya dikongsikan secara rasmi.

Menurut laporan laman rasmi Xbox One, jumlah pemain pada konsol ini sudah melangkaui 3 juta pemain. Ini adalah angka yang tinggi bagi sebuah permainan yang masih lagi di tahap ujian. Ini menunjukkan kepopularan permainan ini tidak menunjukkan akan terhenti sungguhpun terdapat pelbagai masalah prestasi pada platform konsol.