Informasi Permainan Video Terkini
Subway Surfers Dimuat-Turun Sebanyak 2 Bilion Kali Secara Global

Subway Surfers Dimuat-Turun Sebanyak 2 Bilion Kali Secara Global

Diterbitkan pada Mei 31, 2018 oleh .

Subway Surfers merupakan salah satu permua yang telah dilancarkan pada tahun 2012 lepas, dimana melaluinya ia menawarkan permainan dibawah genre “berlari”. Pemain akan diperlukan untuk mengawal seorang watak yang perlu mengelak pelbagai halangan, dan mencapai jarak larian yang paling jauh yang boleh dilakukan setiap kali memainkannya.

Pada Mac lepas kami melaporkan untuk peranti Android, permua ini dimuat-turun sebanyak 1 bilion kali akan tetapi tiada maklumat mengenai jumlah muat-turun di peranti lain terutama iOS.

Hari ini melalui kuciran di akaun Twitter ketua pengawal eksekutif Kiloo iaitu pembangun permua ini mengumumkan yang permua tersebut telah mencatat jumlah muat turun sebanyak 2 bilion. Beliau juga mengatakan berbangga dengan pasukan pembangun permainan ini.

Mereka tidak berkongsi pecahan jumlah mengikut peranti tetapi kami boleh jangkakan Android mendahului peranti-peranti lain termasuk iOS. Tahniah kami ucapkan untuk mereka, Subway Surfers merupakan antara permainan yang kami ada tetapi jarang main walaupun tidak dibuang.


TIPS & ULASAN