Skip to main content

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali permainan baru dikeluarkan pemain akan tertanya durasi permainan tersebut, kami juga sama akan tetapi sebabnya mungkin berlainan. Ada pemain yang menilai sesuatu permainan berdasarkan durasi, permainan yang pendek harus dijual dengan harga lebih murah sebagai contoh.

Pengarah A Way Out Josef Fares minggu ini mengatakan permainan beliau yang boleh dihabiskan dalam 6 jam merupakan satu durasi yang sempurna untuk apa yang cuba beliau sampaikan.

Jika beliau boleh menambah lagi durasi melalui kandungan yang baharu, beliau akan melakukannya. Tambah beliau lagi industri tidak seharusnya menjadikan durasi dan kadar ulang-main sebagai sesuatu yang penting.

Beliau menjadikan peratusan pemain yang menghabiskan A Way Out iaitu 52% berbanding GTA 4 yang sekadar 30% sebagai contoh. Menurut beliau tidak perlu menghasilkan permainan yang panjang sedangkan pemain tidak akan bermain dengan sepenuhnya.

Beliau juga mengatakan agak sukar untuk menghasilkan permainan panjang yang mempunyai pengisian yang baik, oleh disebabkan itu beliau berpendapat lebih baik menghasilkan permainan yang pendek tetapi diisi penuh.

Pada pendapat kami apa yang diperkatakan oleh Josef Fares adalah tepat dan kami sendiri tidak menilai sesuatu permainan hanya berdasarkan durasi permainan akan tetapi kami juga berpendapat pemain mempunyai hak untuk berbelanja untuk permainan yang mereka dapat bermain untuk jangka masa yang lama.

Kami juga mengulas A Way Out dan tidak merasakan durasi yang pendek menjejaskan permainan ini sebaliknya penceritaan yang lemah lebih lagi mengurangkan kualiti permainan ini.

Pada pendapat anda, adakah harga jualan permainan perlu mengambil kira durasi permainan?

Leave a Reply