Bethesda sebelum ini memperlihatkan bentuk multi-pemain buat permainan Fallout 76 tetapi masih ada pelbagai bentuk permainan yang masih tidak dketahui.

Berdasarkan temubual antara pengarah Fallout 76 Todd Howard dan laman Itali, multiplayer.it (diterjemah oleh PC Gamer) beberapa maklumat terbaru dikongsi.

Menurut Todd Howard, Fallout 76 akan mempunyai perjalana pantas tetapi beliau sekadar mengesahkan tetapi tidak berkongsi lanjut mengenai sistem tersebut.

Perjalanan pantas sudah menjadi kebiasaan untuk permainan dunia terbuka tetapi digunakan secara berlainan untuk permainan di atas talian. Kemungkinan besar pemain hanya boleh melakukan perjalanan pantas dengan berada di satu tempat yang khas.

Selain pada itu, Todd Howard juga mengatakan jika pemain bertempur melalui PvP (mod ini adalah pilihan dan bergantung kepada pemain yang ingin melakukannya) pemain tahap 5 kebawah tidak boleh dibunuh. Namun beliau mengatakan ia mungkin berubah apabila permainan dikeluarkan nanti.

Fallout 76 merupakan permainan pasca-apokaliptik seterusnya buat siri Fallout. Ia dirancang untuk dilancarkan buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC pada 14 November 2018.

Sohor Kini