Skip to main content

Pada Mei lepas kami baru sahaja melaporkan yang beta terbuka untuk H1Z1 di PS4 telah mencapai 4.5 juta pemain dan 200 ribu pemain serentak. Beberapa bulan kemudian tampaknya mereka mendapat peningkatan pemain yang mendadak.

Berdasarkan kuciran di akaun Twitter mereka, H1Z1 kini mempunyai 10 juta pemain. Bersempena pencapaian ini mereka akan memberikan dua barang di dalam permainan iaitu Darkfire Pickup Truck dan Sunrise Parachute akan tetapi hanya untuk pemain yang bermain permainan itu sebelum 27 Jun 2018.

Disebabkan ia adalah permainan percuma ada kemungkinan pemain hanya memuat turun untuk mencuba dan kemudian membuangnya akan tetapi mencapai 10 juta pemain dalam masa singkat adalah satu kejayaan yang baik.

H1Z1 kini boleh dimuat turun secara percuma di PC dan di peringkat beta terbuka untuk PS4 (mungkin memerlukan akaun benua lain).

Leave a Reply