Informasi Permainan Video Terkini
Ys Net Berkongsi Spesifikasi PC Awal untuk Shenmue 3
PC

Ys Net Berkongsi Spesifikasi PC Awal untuk Shenmue 3

Diterbitkan pada July 2, 2018 oleh .

Seperti kita sedia maklum, Shenmue 3 telah tertunda untuk pengeluaran pada tahun 2019 namun berdasarkan penulisan terbaru di Kickstarter mereka berkongsi beberapa maklumat baharu antaranya adalah spesifikasi PC untuk permainan tersebut.

Disebabkan permainan ini masih di peringkat pembangunan YS Net mengatakan spesifikasi yang dikongsi merupakan spesifikasi awal dan mungkin berubah apabila pembangunan permainan disiapkan. Berikut adalah spesifikasi PC yang dikongsi.

  • OS: Windows 7×64, Windows 8×64, Windows 10×64
  • CPU: Intel Core i5-4460 (3.40 GHz) atau lebih baik
  • GPU: Nvidia GeForce GTX 650 Ti atau lebih baik (DirectX 11 & VRAM 2GB)
  • RAM: 4 GB
  • Storan: 100 GB

Berdasarkan spesifikasi awal ini, ia tidak memerlukan PC yang berkuasa tinggi akan tetapi memerlukan sekurangnya 100 GB storan mungkin menjadi masalah untuk sesetengah pemain.

Shenmue 3 sedang di dalam pembangunan untuk Playstation 4 dan PC.


TIPS & ULASAN