Skip to main content

Nintendo Famicom Mini dilancarkan pada September 2016 bagi peminat yang masih bernostalgia memiliki konsol yang dikeluarkan pada dekad 80an. Sambutan yang diterima amat luar biasa sehingga Nintendo mengaku tidak mampu memenuhi permintaan pasaran. April tahun lalu mereka menghentikan penghasilan Famicom Mini dan NES Classic Edition bagi memberi ruang kepada penghasilan Nintendo Super NES Classic.

Semalam Nintendo Famicom Mini telah mula dijual semula di Jepun. Ini selari dengan janji Nintendo tahun lalu bahawa kedua-dua Famicom Mini dan NES Classic Edition akan kembali ke pasaran sempena musim panas 2018. Di Jepun konsol yang hadir dengan 30 permainan video klasik terbina ini dijual pada harga ¥6,458 (~RM 235) sebuah. Bagi yang terlepas membelinya pada gelombang pertama dua tahun yang lalu, sila bersedia untuk membelinya tahun ini sebelum sekali lagi kehabisan stok.

Leave a Reply