Informasi Permainan Video Terkini
MapleStory 2 Akan Disertakan Mod Battle Royale – Beta Tertutup Bermula Pada 18 Julai 2018
PC

MapleStory 2 Akan Disertakan Mod Battle Royale – Beta Tertutup Bermula Pada 18 Julai 2018

Diterbitkan pada June 29, 2018 oleh .

Pada April lepas, Beta tertutup untuk MapleStory 2 diumumkan dan kini beta tertutup untuk kali kedua diumumkan dan akan bermula pada 18 Julai 2018 sehingga 31 Julai 2018.

Menariknya MapleStory 2 juga akan disertakan dengan mod battle royale yang dipanggil Mushkin Royale. Ia merupakan battle royale 50 pemain dan seperti battle royale lain akan bertempur sehingga hanya satu yang akan menang. Video penerangan untuk mod ini disediakan di bawah tetapi di dalam bahasa Korea tanpa sari kata.

Anda boleh mencuba mod ini melalui beta tetapi hanya akan bermula pada 20 Julai dan sehingga 22 Julai sahaja. Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, anda boleh mendaftar di laman rasmi MapleStory 2 dibawah, namun begitu, ketika pendaftaran anda mungkin perlu memilih negara lain untuk membuat pendaftaran memandangkan beta tertutup permainan tersebut tidak tiba secara rasmi di Malaysia.

Daftar Beta Tertutup : MapleStory 2


TIPS & ULASAN