Informasi Permainan Video Terkini
Beta Tertutup MapleStory 2 Diumumkan – Belum Tiba Buat Pemain Malaysia
PC

Beta Tertutup MapleStory 2 Diumumkan – Belum Tiba Buat Pemain Malaysia

Diterbitkan pada Apr 18, 2018 oleh .

Nexon minggu ini mengumumkan secara rasmi bahawa permainan MapleStory 2 bakal tiba secara global. Nexon juga membuka pendaftaran untuk beta tertutup permainan tersebut. Walaupun begitu, buat masa ini, ia tidak dibuka buat pemain yang berada di Malaysia.

Kami juga turut menghubungi pihak Nexon, namun buat masa ini mereka tidak ada sebarangan pengumuman buat rantau luar daripada senarai yang dikeluarkan oleh mereka.

MapleStory 2 merupakan permainan multi-pemain yang mana permainan pertamanya, MapleStory sangat terkenal beberapa tahun dahulu di Malaysia. Dengan bentuk permainan memfokuskan secara pertempuran 2D, ia mendapat sambutan ramai melalui visual grafiknya yang comel dan permainan yang senang dan mudah untuk dimainkan.

Kini, Nexon akhirnya mengumumkan bahawa MapleStory 2 akan dilancarkan secara global. Dimana sebelum ini ia dilancarkan di Korea pada 2015 lepas.

Melalui MapleStory 2, permainan ini mempunyai bentuk visual yang baru yang mana kini ia dimainkan dengan visual grafik 3D. Tambahan juga, selain daripada bentuk pertempuran 2D seperti permainan pertama MapleStory, permainan ini juga akan menyertakan bentuk pertempuran secara 3D dalam bentuk pandangan isometrik. Selain daripada sokongan multi-pemain, permainan ini juga menyertakan pelbagai mod sosial dimana pemain berupaya untuk meluang masa bersama-sama rakan dengan pelbagai aktivi.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, anda boleh mendaftarnya di laman rasmi MapleStory 2 dibawah, namun begitu, ketika pendaftaran anda mungkin perlu memilih negara lain untuk membuat pendaftaran memandangkan beta tertutup permainan tersebut tidak tiba secara rasmi di Malaysia.

Daftar Beta Tertutup : MapleStory 2