Skip to main content

Kemaskini – 3 Julai 2018

Bandai Namco minggu ini mengesahkan selain Kurosaki Ichigo, Rukia Kuchiki dan Sosuke Aizen juga merupakan watak yang boleh digunakan di dalam Jump Force.

Artikel Asal

Jump Force merupakan permainan pertempuran berdasarkan watak dari siri manga yang diterbitkan oleh Jump yang diumumkan ketika persidangan E3 Xbox. Jika sebelum ini melalui video bentuk permainan, 6 watak dipertontonkan iaitu Monkey D. Luffy dan Zoro dari One Piece, manakala Goku dan Frieza dari Dragonball dan akhir sekali Naruto dan Sasuke dari siri anime Naruto.

Berdasarkan penulisan di dalam Weekly Jump (diterjemah oleh Gematsu) watak Kurosaki Ichigo dari manga Bleach disahkan antara watak yang boleh digunakan. Rukia Kuchiki dan Sosuke Aizen juga diperlihatkan akan tetapi tidak disahkan jika boleh digunakan atau akan menjadi seperti watak dari Death Note sekadar untuk penceritaan.

Selain itu, kawasan berdasarkan bandar Hong Kong juga disahkan antara kawasan untuk permainan ini menyertai Time Square dan Matterhorn yang diperlihatkan sebelum ini.

Jump Force sedang dibangunkan oleh Bandai Namco dan akan dilancarkan pada tahun 2019 ini buat konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply