Pada April lepas kami melaporkan disebabkan perubahan polisi di Steam, laman SteamSpy yang memperlihatkan hasil jualan sesuatu permainan secara tidak rasmi hampir ditutup.
Laman tersebut walaupun tidak ditutup sepenuhnya akan tetapi tidak mempunyai data sepertimana sebelum perubahan polisi. Apabila ditanya mengenai perkara ini, ketua pembangunan perniagaan Valve Jan-Peter Ewert mengatakan buat masa ini Steam tidak mempunyai sistem tersebut dan beliau juga mengatakan informasi yang diberikan oleh SteamSpy adalah tidak tepat.
Tambah beliau, Valve sumber kewangan utama adalah permainan oleh kerana itu mereka sedang membangunkan sistem yang sama akan tetapi dengan maklumat yang lebih tepat berbanding SteamSpy untuk membantu pembangun merancang permainan mereka.
Steam sudah lama menjadi tempat utama untuk pembangun menjual permainan mereka, kami agak terkejut Valve masih tidak mempunyai sistem tersebut.