SteamSpy merupakan antara sumber yang kami gunakan untuk melihat jumlah jualan untuk sesuatu permainan. Contohnya sebelum ini kami melaporkan Far Cry 5 terjual lebih setengah juta unit di Steam dan data ini adalah berdasarkan jumlah yang dinyatakan oleh SteamSpy.
Walaupun tidaklah sepenuhnya tepat tetapi ia merupakan sumber data terbaik yang ada oleh kerana Steam sendiri tidak berkongsi data-data tersebut. Cara SteamSpy beroperasi adalah dengan memantau lebih 800,000 akaun pengguna di Steam dan melihat pembelian permainan oleh mereka.
Minggu ini Steam mengeluarkan polisi baru di mana secara default akaun pengguna tidak akan berkongsi data senarai permainan yang dibeli dan ini membuatkan SteamSpy tidak dapat beroperasi kerana mereka bergantung kepada data tersebut.
Walaupun pengguna boleh memilih untuk berkongsi tetapi ia sudah semestinya di luar kawalan SteamSpy, dan menurut pencipta laman ini Sergey Galyonkin melalui kuciran di akaun Twitter beliau disebabkan ini SteamSpy tidak dapat beroperasi.
Valve just made a change to their privacy settings, making games owned by Steam users hidden by default.
Steam Spy relied on this information being visible by default and won't be able to operate anymore.https://t.co/0ejZgRQ6Kd
— Steam Spy (@Steam_Spy) April 11, 2018
Walaupun kami agak kecewa kerana berkurangnya sumber maklumat tetapi kami dapat memahami mengapa Steam melakukan perubahan ini, maklumat pengguna merupakan isu yang agak sensitif sekarang.