Informasi Permainan Video Terkini
Overwatch Memperkenalkan Sistem Endorsements – Untuk Mengurangkan Pemain Bermasalah
PC

Overwatch Memperkenalkan Sistem Endorsements – Untuk Mengurangkan Pemain Bermasalah

Diterbitkan pada June 28, 2018 oleh .

Blizzard sering berusaha untuk mengurangkan pemain bermasalah, jika sebelum ini Blizzard memperkenalkan sistem avoid as teammate untuk mengelak anda bermain bersama dengan pemain yang bermasalah.

Minggu ini mereka memperkenalkan sistem Endorsements, melalui sistem ini pemain boleh memberikan pujian kepada pemain yang bermain dengan baik. Pemain yang menerima pujian ini akan mendapat 50xp.

Sistem ini membolehkan setiap pemain memberikan tiga pujian pada pengakhiran di setiap pertempuran untuk ahli pasukan sendiri. Pemain juga hanya boleh memberikan satu pujian untuk satu pemain sahaja dan hanya boleh memberikan sekali sahaja pujian untuk satu pemain dalam jangka masa 12 jam.

Terdapat tiga pujian yang boleh diberikan iaitu Shot Caller untuk pemain yang mengetuai pertempuran dengan baik, Good Teammate untuk pemain yang bermain bersama dengan baik dan Sportmanship untuk pemain yang bersikap baik.

Pemain yang menerima pujian ini selain mendapat 50xp, akan turut mendapat lencana khas yang mempunyai tahap tersendiri. Pemain yang mendapat pujian banyak akan mendapat tahap yang lebih tinggi. Ini semestinya untuk menggalakkan pemain menjadi lebih baik dan kurang bermasalah.

Setakat ini sistem ini mendapat reaksi pelbagai daripada pemain, ada yang mengatakan ia adalah satu sistem yang baik dan menggalakkan permainan yang sihat dan ada juga yang mengatakan akan menghasilkan pemain yang positif palsu dan pemain akan lebih memberi pujian kepada pemain yang hebat berbanding yang bersikap baik.

Bagi kami sistem ini adalah satu usaha yang positif, semasa percubaan kami sendiri makin bertambah pemain yang lebih berkomunikasi dengan baik semasa bermain dan sering memuji walaupun sedang kalah dalam pertempuran.


TIPS & ULASAN