Informasi Permainan Video Terkini
Overwatch Akan Memperkenalkan Sistem Avoid As Teammate Untuk Mengurangkan Pemain Bermasalah
PC

Overwatch Akan Memperkenalkan Sistem Avoid As Teammate Untuk Mengurangkan Pemain Bermasalah

Diterbitkan pada Mac 27, 2018 oleh .

Apabila bercakap mengenai permainan di atas talian sudah semestinya ada pelbagai masalah yang sering berlaku antaranya adalah di dalam satu kumpulan bersama dengan pemain yang bermasalah seperti tidak bermain dengan baik secara sengaja, menjengkelkan dan pelbagai lagi masalah.

Akan tetapi tidak semua masalah tersebut wajar dilaporkan terutama kes-kes yang kecil akan tetapi ia tetap menjejas pengalaman pemain semasa bermain sesuatu permainan. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Pengarah Overwatch Jeff Kaplan melalui video Developer Update memperkenalkan sistem terbaru yang akan dikeluarkan tidak lama lagi iaitu ‘Avoid as Teammate‘.

Melalui sistem ini anda boleh memilih seseorang pemain untuk diberikan status ‘avoid as teammate’, apabila status ini diberikan anda tidak akan lagi akan bersama  dalam satu kumpulan dengan pemain tersebut selama 7 hari. Selepas 7 hari, status tersebut akan hilang dan anda harus melakukannya sekali lagi jika perlu.

Menurut Jeff Kaplan, buat masa ini anda hanya boleh memberikan status tersebut kepada dua pemain sahaja untuk satu masa. Menurut beliau ini adalah kerana untuk mengelakkan pemain menunggu untuk bermain terlalu lama.

Jika anda diberikan status tersebut oleh ramai pemain, anda akan diberitahu di dalam permainan tersebut dan boleh menjangkakan yang untuk anda bermain akan mengambil masa yang lama kerana kesukaran mendapat kumpulan. Menurut Jeff Kaplan, beliau merasakan ini hanya akan terjadi kepada sebilangan kecil pemain sahaja dan pemain seharusnya menyedari masalah yang dibawa.

Sistem ini adalah satu yang baik terutama jika anda sering bersama dengan pemain yang bermasalah tetapi oleh kerana sikap pemain tersebut tidak menyalahi peraturan Overwatch anda kini boleh menggunakan sistem ini sebagai ganti. Anda boleh menonton video Developer Update di bawah.


TIPS & ULASAN