Pada 29 Mei lepas kami melaporkan yang PUBG Corp memfailkan saman ke atas pembangun Fortnite iaitu Epic Games. Saman tersebut adalah untuk mengatakan permainan Fortnite melanggar hak cipta permainan mereka PUBG.

Minggu ini berdasarkan laman mahkamah tempatan Korea Selatan, PUBG Corp menghantar surat kepada wakil peguam Epic Games untuk menggugurkan saman tersebut dan kes saman tersebut kini sudah ditutup.

Untuk masa ini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Epic Games. Dengan berakhirnya kes saman ini kami berharap PUBG tidak lagi cuba untuk menghalang Fortnite sebaliknya mereka perlu bersaing dengan lebih sihat.

Persoalan timbul adakah saman tersebut digugurkan atas permintaan Tencent yang mempunyai pegangan di dalam PUBG Corp dan juga Epic Games.

Leave a Reply