Jika anda tidak sabar untuk bermain permainan Death Stranding yang diumumkan oleh Kojima Productions beberapa tahun lepas, anda mungkin boleh mengubatinya dengan bermain permainan mudah-alih (Permua) terbaru yang mana dibangunkan oleh Hodeo Kojumbo, iaitu Deadly Standing di peranti Android anda hari ini.
Deadly Standing: A Survival Game meletakkan pemain di dalam kawasan yang mungkin anda kenal dari trailer Death Stranding sebelum ini dimana pemain perlu meneruskan hidup dengan membunuh bayangan hitam dan memandu trak sepanjang kawasan tersebut.
Sememangnya permua ini adalah parodi untuk permainan Death Stranding dan seperti anda, kami sendiri masih lagi keliru dengan permainan tersebut, bersama-sama dengan permua ini.
Namun sekurang-kurangnya bagi anda yang tidak sabar untuk bermain Death Stranding, anda mungkin boleh bermain Deadly Standing ini mungkin untuk mendapat sekilas bagaimana permainan Death Stranding pada masa akan datang.
Deadly Standing kini sudah boleh dimuat-turun di Google Playstore khas buat peranti Android sahaja. Memandangkan ianya dibangunkan oleh pembangun terkenal Hodeo Kojumbo, kami pasti anda akan menyukai permainan ini seperti mana kami menyukainya.
[download] Muat-turun : Deadly Standing: A Survival Game [/download]