Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Terbaru Death Stranding Dipertontonkan – Masih Lagi Mengelirukan

Trailer Terbaru Death Stranding Dipertontonkan – Masih Lagi Mengelirukan

Diterbitkan pada June 12, 2018 oleh .

Ketika acara persidangan Sony yang berlangsung hari ini, Sony mempertontonkan trailer terbaru buat permainan Death Stranding

Melalui trailer tersebut, Kojima Productions tampaknya memaparkan sebahagian bentuk permainan yang kebanyakkannya adalah hanya berjalan dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Dialog penceritaan yang dikongsikan ketika trailer tersebut juga menunjukkan bahawa watak Sam yang dibintangi Norman Reedus merupakan hanya seorang tukang penghantar barangan. Ini juga dapat dibuktikan di dalam trailer yang mana beliau hanya bergerak ke tempat ke satu tempat dengan membawa pelbagai barangan di belakangnya.

Menariknya terdapat satu bahagian yang mempertontonkan seolah senjata api bakal digunakan oleh pemain. Alat yang berkelip di belakang watak permainan kali ini juga kembali dimana kali pertama ia dipertontonkan adalah pada Disember lepas.

Selain itu, trailer ini juga mempertontonkan dua watak wanita baru yang dibintangi oleh Léa Seydoux dan Lindsay Wagner. Kedua-dua watak tersebut tampaknya akan memainkan peranan yang penting dan mungkin juga akan membantu pemain sepanjang sesi permainan Death Stranding.

Seperti anda, kami sendiri masih keliru dengan trailer yang dipertontonkan oleh Kojima dan agak kecewa dengan hasil bentuk permainan yang agak kurang diperlihatkan.

Walaupun begitu, kami percaya Kojima semestinya masih lagi menyembunyikan lagi pelbagai mesej tersembunyi di dalam trailer ini dan mungkin anda sendiri boleh memecahkannya?

Seperti biasa, sebarang perkembangan berkenaan permainan pelik ini kami akan sentiasa berkongsinya di Aksiz dan semestinya ia bakal menjadi satu buah mulut sepanjang berita E3 yang berlangsung minggu ini.


TIPS & ULASAN