Informasi Permainan Video Terkini
Capcom Mempertontonkan Trailer X Challenge Untuk Permainan Mega Man X Legacy Collection

Capcom Mempertontonkan Trailer X Challenge Untuk Permainan Mega Man X Legacy Collection

Diterbitkan pada June 27, 2018 oleh .

Sebelum ini, Capcom mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan kompilasi bagi siri Mega Man X pada 24 Julai ini, dan kini mereka mempertontonkan mod terbaru yang bakal tiba buat permainan tersebut iaitu X Challenge.

Melalui Mega Man X Legacy Collection 1 dan 2, Capcom akan menyertakan satu mod terbaru, X Challenge yang mana pemain akan bertempur dengan dua ketua musuh serentak.

Capcom juga menyatakan bahawa mod ini akan memberi peluang kepada pemain untuk memilih jenis senjata sebelum pemain mulakan sesi pertempuran tersebut dan ianya akan mempunyai tiga tahap kesukaran berbeza. Setiap kejayaan pemain juga akan di rekod secara atas-talian untuk dikongsikan dan dicabar oleh pemain lain.

Ini bukan sahaja akan memberi cabaran buat pemain malah ia merupakan satu bentuk permainan yang baru. Bagi peminat siri Mega Man X, anda pasti berminat untuk mencuba mod terbaru ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan Megaman X Legacy Collection 1 akan menyertakan Mega Man X sehingga Mega Man X 4, Manakala Mega Man X Legacy Collection 1 pula akan menyertakan Mega Man X 5 sehingga Mega Man X 8.

Bagi anda yang meminati siri Mega Man X, ini merupakan kompilasi permainan terbaik buat siri tersebut dengan menyertakan kesemua siri Mega Man X dimana ia bakal tiba pada 24 Julai ini buat konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.


TIPS & ULASAN