Informasi Permainan Video Terkini
Megaman X Legacy Collection 1 Dan 2 Akan Dilancarkan 24 Julai Ini Secara Global

Megaman X Legacy Collection 1 Dan 2 Akan Dilancarkan 24 Julai Ini Secara Global

Diterbitkan pada Apr 12, 2018 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman Capcom awal minggu ini, Capcom akhirnya berkongsi tarikh pelancarna global buat Megaman X Legacy Collection 1 dan 2 iaitu pada 24 Julai ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Kompilasi permainan tersebut akan terbahagi kepada dua dimana setiap satu akan dijual dengan harga $19.99(~RM78) secara digital. Capcom juga akan melancarkan versi fizikal dengan harga $39.99(~RM156) yang mana ia akan menyertakan pek kombinasi secara dua cakera buat versi Xbox One dan Playstation 4. Manakala versi fizikal Switch, Megaman Legacy Collection 1 sahaja akan disertakan katrij manakala Megaman Legacy Collection 2 akan disertakan secara kod muat-turun.

Melalui permainan Megaman X Legacy Collection 1, empat siri permainan Megaman X akan disertakan iaitu:

  • Megaman X
  • Megaman X 2
  • Megaman X 3
  • Megaman X 4

Manakala Megaman X Legacy Collection 2 pula akan menyertakan:

  • Megaman X 5
  • Megaman X 6
  • Megaman X 7
  • Megaman X 8

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Capcom akan menyertakan sebilangan pernaik-tarafan dari segi visual grafik buat permainan-permainan kompilasi tersebut.

Capcom juga akan menyertakan X Challenge Mode dimana pemain berupaya untuk bertempur dengan pelbagai ketua musuh dalam masa serentak, sekaligus memberi cabaran yang lebih sukar buat pemain. Selain itu, bagi mereka yang bermain dengan tahap kesukaran yang lebih mudah, Capcom juga menyertakan Easy Mode yang pasti akan memudahkan sesi permainan buat pemain yang ingin tahap kesukaran lebih ringan.

Tambahan juga, terdapat juga mod baru iaitu mod muzium yang mana pemain berupaya untuk melihat galeri, muzik dan sebagainya. Tambahan juga, Capcom akan menyertakan animasi khas The Day of Sigma yang disertakan di dalam permainan asli Megaman Maverick Hunter X yang dilancarkan di konsol Playstation Portable.

Bagi anda yang meminati siri Megaman X, ini merupakan kompilasi permainan terbaik buat siri tersebut dengan menyertakan kesemua siri Megaman X.