Informasi Permainan Video Terkini
Pencontoh Nintendo Labo Boleh Dimuat-Turun Secara Percuma

Pencontoh Nintendo Labo Boleh Dimuat-Turun Secara Percuma

Diterbitkan pada Apr 22, 2018 oleh .

Dengan pelancaran Nintendo Labo 20 April lepas, anda mungkin berasa ragu-ragu untuk membayar dengan harga yang tinggi untuk set permainan bersama kertas kadbod. Walaupun begitu, anda kini tidak perlu khuatir dimana Nintendo menyertakan set pencontoh Nintendo Labo, secara percuma melalui laman rasmi Nintendo.

Nintendo Labo, iaitu set permainan yang diumumkan awal tahun ini dimana ia meletakkan pemain untuk membina pelbagai gajet dan alat untuk dimainkan bersama konsol Nintendo Switch dengan menggunakan kadbod.

Sememangnya kadbod tersebut tersedia bersama ketika anda membeli permainan Nintendo Labo buat pertama kalinya. Akan tetapi, anda mungkin tidak berminat untuk membelinya berkali-kali memandang set Nintendo Labo agak mahal.

Namun, ini merupakan alternatif yang menarik memandangkan kadbod sememangnya mudah dirosakkan. Dengan adanya pencontoh Nintendo Labo yang disertakan secara percuma, pemain boleh menggunakannya untuk menekap di atas kotak kadbod yang sedia ada dan menghasilkan set kadbod permainan berulang-ulang kali tanpa membeli set tambahan.

Walaupun begitu, bagi anda yang berminat untuk bermain permainan Nintendo Labo, anda masih lagi perlu membeli permainan teras tersebut dimana anda masih lagi perlukan kandungan permainan dan katrij permainan untuk bermain Nintendo Labo.

Selain itu, Nintendo juga menyertakan pilihan buat anda jika anda hanya berminat untuk membeli kadbod Nintendo Labo sahaja melalui kedai atas-talian rasmi Nintendo. Melalui pilihan ini, anda berupaya untuk mendapat set kadbod rasmi daripada Nintendo.

Kedua-dua pilihan ini sememangnya memberi kemudahan buat pemain memandangkan kadbod sememangnya cepat rosak. Dengan adanya pilihan untuk menghasilkan set Nintendo Labo sendiri ataupun membelinya secara berasingan, ia sememangnya memudahkan lagi pemain untuk menikmati permainan tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Nintendo Labo, ia kini telah dijual di pasaran Malaysia melalui pengedar rasmi Nintendo bermula dengan harga RM349 bagi Variety Kit dan RM399 bagi Robot Kit.

Muat-Turun: Pencontoh Nintendo Labo

Beli : Set Kadbod Nintendo Labo


TIPS & ULASAN