Informasi Permainan Video Terkini
Beta Tertutup Black Clover: Quartet Knights Diumumkan – Bermula 15 Hingga 17 Julai Ini

Beta Tertutup Black Clover: Quartet Knights Diumumkan – Bermula 15 Hingga 17 Julai Ini

Diterbitkan pada June 25, 2018 oleh .

Sebelum ini, Bandai Namco mengumumkan bahawa permainan Black Clover: Quartet Knights akan dilancarkan pada 14 September ini. Kini, Bandai Namco juga mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sesi percubaan beta tertutup buat permainan tersebut pada bulan Julai ini.

Melalui sesi beta tertutup tersebut. pemain beruapaya untuk bermain menggunakan 10 watak tersedia melalui bentuk multi-pemain pertempuran antara empat lawan empat berpasukan.

Menurut Bandai Namco, beta tertutup tersebut hanya buat pengguna Playstation 4 sahaja dan ianya akan bermula pada 15 hingga 17 Julai ini. Berikut adalah tarikh dan masa buat sesi beta tertutup tersebut dalam waktu Malaysia:

  • 15 Julai – 5:00 petang hingga 8:00 malam
  • 16 Julai – 1:00 pagi hingga 4:00 pagi, 9:00 pagi hingga 12 tengah hari
  • 17 Julai – 4:00 pagi hingga 7:00 pagi

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan tersebut, anda boleh ke pautan dibawah untuk mendaftar buat beta tertutup tersebut melalui PSN Store. Namun, pilihan pemain buat sesi tersebut akan dipilih secara rawak dan mereka akan menghantar kod memuat-turun permainan melalui emel.

Black Clover: Quartet Knight merupakan permainan yang berdasarkan siri anime Black Clover. Ia ditempatkan di dunia fantasi dimana kesemua manusia dilahirkan dengan kuasa magis, kecuali watak utama permainan tersebut, Asta yang mana beliau perlu bergantung kepada kuasa fizikal beliau. Ianya bakal tiba di Playstation 4 dan PC pada 14 September ini.

Daftar : Beta Tertutup Black Clover: Quartet Knights


TIPS & ULASAN